Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Aku Mahu Jadi Orang Hebat!
"Tiada Manusia yang Berjaya dalam semua perkara yang dilakukannya. Kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh Kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa Kegagalan itu terjadi. Kekalkan usaha hingga ke akhir hayat :D"

 Bagaimana mahu jadi Pelajar Cemerlang?
  • Allah mencipta kita dengan penuh kesempurnaan.Bertindaklah dengan cemerlang.
  • Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayatnya.
  • Semua orang mahu Berjaya. Tetapi segelintir sahaja yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
  • Kita mudah lupa dengan apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan / praktikkan.
  • Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.  DAN BUKAN UNTUK ACTION SAJA!
  • Setiap hari , carilah alasan untuk berubah secara POSITIF. Dalam dunia ini, kita berupaya mengubah diri kita.
  • Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiring dengan perubahan kita. :D
  • Setiap masalah BERPUNCA daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
  • Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk DISERLAHKAN.
  • Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar bisasa!!
  • Jadikan setiap hari ialah hari terbaik dan sepanjang kehidupan  anda akan cemerlang.
  • Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
  • Kejayaan ialah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
  • Kegagalan ialah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

"Aku tidak akan melatah hanya untuk keinginan dan tidak akan mengalah hanya untuk keperluan. Menurutku cinta adalah sebuah keperluan manakala cita-cita adalah sebuah keinginan. Aku percaya, keperluan memerlukan waktu dan kesabaran, suatu saat ia pasti akan datang. Sementara keinginan dapat datang dan pergi, muncul, hilang dan muncul lagi dengan wajah baru. Aku akan bersabar untuk mendapatkan keperluan hidupku. Dan aku tidak akan mengalah untuk mendapatkan keinginan hidupku...." 
                                                                                                       -Ummu Solehah Hj Muhammad.
 
 Hehehehe. Baca sampai habis, tau! Semoga berjaya everyone!! InsyaAllah. 8D
Assalamualaikum....

f
Hello


Hi ! I'm Nur Ashrina bt Eddie. I really hope that you will follow me .